Wednesday, September 7, 2016

PUNCA-PUNCA MASALAH PENGUASAAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN PELAJAR TAHUN ENAM DI BAWAH KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH DAN LANGKAH MENGATASINYA


PUNCA-PUNCA MASALAH  PENGUASAAN BAHASA MELAYU

Sikap Pelajar
Masalah penguasaan bahasa Melayu bukan perkara baru dalam masyarakatMalaysia. Masalah penguasaan bahasa Melayu tidak hanya berlaku dikalanganmasyarakat bukan Melayu, tetapi masyarakat Melayu sendiri banyak melakukankesalahan bahasa; baik dalam pertuturan mahupun penulisan. Pelajar-pelajar Melayuberanggapan bahawa mereka tidak perlu mempelajari bahasa Melayu kerana bahasatersebut merupakan bahasa ibunda mereka, bahkan boleh dikatakan semua orangMelayu telah menggunakan bahasa Melayu sejak kecil, mengikut pertuturanmasyarakat sekeliling. Pembelajaran bahasa Melayu tidak dititikberat keranamasyarakat Melayu beranggapan mereka sudah menguasai kemahiran menggunakanbahasa Malaysia memandangkan mereka boleh bertutur dengan baik dalam bahasaMelayu. Sebenarnya orang Melayu perlu sedar bahawa anggapan sedemikian adalahtidak benar. Bahasa Melayu yang digunakan oleh mereka dalam pertuturan harianbukanlah sama dengan struktur bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa ilmu.Hasil temubual penyelidik dengan responden, menunjukkan bahawa kebanyakkanmereka menyatakan sikap pelajar itu sendiri yang menyebabkan mereka lemah dalambahasa Melayu. Sikap pelajar yang malas dan tidak mahu membuat latihan yangdiberikan guru, tidak mengulangkaji mata pelajaran tersebut, kurang membaca bahanbacaan yang berbentuk akademik dan menganggap bahasa Melayu mudah. Apabila halini berlaku, mereka tidak mengambil berat terhadap mata pelajaran tersebut

Persekitaran Rumahtangga
Persekitaran rumahtangga merupakan salah satu faktor masalah penguasaanmurid-murid. Pesekitaran rumahtangga terdiri daripada tahap pendidikan keluarga,sosioekonomi, pendapatan dan sebagainya. Setiap satu berkait rapat danmempengaruhi antara satu sama lain. Buktinya, diantara contoh yang diberikan olehguru yang ditemuduga ialah faktor ibubapa pelajar yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan atau pendidikan tidak tinggi. Pekerjaan keluarga jugamempengaruhi pencapaian akademik anak-anak mereka. Jenis perkerjaan berkait rapatdengan tahap pelajaran. Jenis perkerjaan pula akan menentukan jumlah pendapatanyang seterusnya akan menentukan tahap kelas sosial dan kemampuan mereka untukmenyediakan kemudahan-kemudahan pelajaran yang lebih baik kepada anak-anakmereka.


 Peranan Guru
Selain itu, guru memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar dalampelajarannya. Guru seharusnya kreatif dalam pengajaran agar mampu menarik minatmurid-murid untuk mempelajari bahasa Melayu. Guru-guru seharusnya memiliki teori,pendekatan, kaedah dan teknik-teknik pengajaran yang terkini. Pada tahap umur 11-12tahun, iaitu masih pada peringkat kanak-kanak, murid-murid ini cepat merasa bosan,terutamanya bagi murid Melayu yang kebanyakkannya mempunyai tanggapan tersendiri tentang bahasa Melayu. Rata-rata mereka menganggap bahasa Melayumudah kerana mereka bertutur dalam bahasa tersebut. Murid-murid Melayu biasanyatidak menganggap mata pelajaran bahasa Melayu sebagai satu mata pelajaran yangpenting memandangkan mereka merupakan penutur jati bahasa ini. Faktor-faktor iniditambah dengan cara pengajaran guru yang mendatar, mengurangkan lagi minat dansekaligus merendahkan peluang mencapai tahap penguasaan yang baik dalam bahasaMelayu di kalangan mereka.



Langkah Mengatasi
 Ujian Diagnostik
Guru-guru perlu memberi perhatian dan penekanan kepada pengajaran bahasa.Mereka perlu mengetahui aspek bahasa yang dikuasai dengan lemah atau belumdikuasai sepenuhnya oleh pelajar. Penekanan yang lebih perlu diberikan kepada aspekyang menjadi masalah. Para pelajar perlu diberi keterangan tentang sesuatu bidang dan dipastikan bahawa mereka benar-benar memahaminya. Setelah itu, ujian terhadaptahap pemahaman pelajar mungkin boleh dibuat, misalnya melalui latihan membuatayat. Melalui ujian diagnostik, kelemahan pelajar dalam aspek ini akan dapat diketahui.Ini dilakukan dengan cara mengenal pasti apakah aspek-aspek yang menjadi masalahkepada mereka. Secara langsung, guru akan dapat mengetahui aspek-aspek yangtelah dan belum dikuasai oleh mereka. Hasil ujian ini boleh dijadikan sebagai maklumatbagi program pengajaran pemulihan, iaitu langkah-langkah untuk mengatasi masalah-masalah dalam penguasaan bahasa Melayu. Ujian diagnostik juga hendaklahdijalankan dari semasa ke semasa, iaitu sama ada sebelum atau selepas pengajarandilakukan. Ini bertujuan untuk melihat sama ada pelajar-pelajar telah mencapaikemajuan atau sebaliknya. Dengan cara ini juga dapat dinilai keberkesanan kaedahpengajaran yang digunakan oleh guru.


Peranan Guru
Guru memainkan peranan besar dalam kejayaan pelaksanaan dan pembelajaranbahasa Melayu. Seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan yang mantap tentangteori, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayuserta mampu mengaplikasikannya dalam suasana yang sebenar di dalam kelas. Ini juga bermakna, seseorang guru tidak sahaja perlu mempunyai pengetahuan yang 
cukup dalam aspek-aspek yang dinyatakan di atas, tetapi ilmu yang dimiliki harusditingkatkan dari semasa ke semasa. Untuk mencapai hasrat ini, pihak-pihak yangberkenaan seperti Bahagian Pendidikan Guru, Pusat Perkembangan Kurikulum,Jabatan Pendidikan dan Institusi-institusi Perguruan harus mengambil inisiatif untukmenjalankan tindakan-tindakan yang sewajarnya. Sebagai contoh, guru-guru pelatihyang akan mengajar bahasa Melayu perlu diberi latihan yang khusus dalam aspektatabahasa semasa mengikuti kursus pendidikan di Maktab Perguruan atau FakultiPendidikan. Guru-guru yang sudah lama mengajar juga perlu didedah kepada teori,pendekatan, kaedah dan teknik-teknik pengajaran yang muktahir melalui kursus-kursusdalam perkhidmatan, penyertaan dalam seminar-seminar yang berkaitan, maklumatdaripada makalah-makalah pendidikan dan sebagainya.
 Kesedaran Dan Sikap Pelajar
Selain bahan-bahan pengajaran dan peranan guru, pelajar sendiri harus adakesedaran untuk memperbaiki penguasaan bahasa Melayu mereka melaluipembacaan. Pelajar-pelajar digalakkan menambahkan pembacaan mereka, iaitupembacaan bahan yang berbentuk ilmiah, dan bukannya bentuk hiburan ringan. Bahanbacaan ringan yang terdapat dipasaran mampu memberi kesan yang buruk kepada penguasaan bahasa Melayu mereka. Hal ini kerana, dalam bahan bacaan tersebutterdapat banyak kesalahan bahasa dari pelbagai aspek. Dikhuatiri pelajar akanterpengaruh dengan penggunaan sesuatu aspek bahasa. Pelajar-pelajar jugahendaklah membuang sikap memandang rendah terhadap bahasa Melayu. Merekaperlu sedar bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa utama di negara ini dan bahasaMelayu telah terbukti mampu menjadi bahasa ilmu. Hal ini telah ditegaskan lagi olehguru yang ditemubual mengatakan bahawa pelajar-pelajar mengetahui akankepentingan bahasa Melayu sebagai syarat untuk melanjutkan pelajaran danseterusnya berjaya dalam bidang pekerjaan yang dicita-citakan, namun pelajar sendiriyang mengambil sikap sambil lewa dengan melepas tangan terhadap pembelajaranbahasa Melayu kerana mereka beranggapan bahasa Inggeris lebih penting dalam duniapekerjaan sebenar berbanding bahasa Melayu.
Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa perlu turut memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anakmereka supaya lebih rajin membaca. Mereka hendaklah menyediakan suatu suasanaberbahasa yang sempurna di rumah. Mereka juga hendaklah memberikan kesedarankepada anak-anak mereka tentang pentingnya bahasa Melayu dalam kehidupanmereka. Membaca akan menambahkan pengetauhan mereka di samping menambahkan perbendaharaan kata dan mendedahkan mereka kepada pelbagaibentuk ayat. Secara tidak langsung, pembacaan meningkatkan penguasaan bahasaMelayu pelajar.

Kesimpulan
Pada keseluruhannya, tahap penguasaan bahasa Melayu pelajar menunjukkanpencapaian yang baik dalam UPSR. Namun masih terdapat sekumpulan kecil yangmenghadapi masalah penguasaan bahasa Melayu. Terdapat beberapa faktor yangtelah dikenalpasti mempengaruhi masalah penguasaan bahasa Melayu pelajar tahunenam. Faktor-faktor ini perlu diberi perhatian sewajarnya bagi mengatasi kelemahanyang berlaku. Akhirnya, beberapa cadangan dikemukakan untuk dijadikan bahanrenungan guru, ibu bapa dan pihak-pihak lain yang berkepentingan.

Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

Kajian ini meliputi aspek penguasaan bahasa Melayu keseluruhan secara umum.Oleh itu, pengkaji mencadangkan agar kajian dijalankan secara menyeluruh yangmeliputi bidang sintaksis, morfologi dan fonologi. Kajian menyeluruh ini penting kerana untuk menguasai bahasa Melayu, ketiga-tiga bidang perlu dikuasai sebagai aspekkajian. Hasil penulisan yang baik tidak hanya bergantung kepada ayat yang gramatis,pemilihan kata yang tepat tetapi juga ejaan yang betul. Kajian keseluruhan ini juga akanmembantu guru-guru menyusun program yang teliti dan merangkumi ketiga-tiga aspektersebut untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

TEORI EKOLOGI


PENGENALAN TEORI EKOLOGI

Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917). Teori perkembangan ekologikal adalah teori yang menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan individu. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Dalam konteks ini, interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran kanak-kanak itu dipercayai boleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Merujuk kepada konsep di dalam teori ini, sama ada kita menyedarinya atau tidak kanak-kanak yang merupakan individu yang berada dalam ruang lingkup mikro (berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Dalam teori ini menyatakan bahawa proses perkembangan dan pertumbuhan yang terangkum dalam sistem persekitaran itu mementingkan interaksi antara satu sama lain. Menurut Bronfenbrenner terdapat 5 sistem yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. SISTEM 

PERSEKITARAN TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER 

Menurut Bronfenbrenner, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem, iaitu : Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara dan menghabiskan paling banyak masa. Contohnya interaksi kanak-kanak di dalam keluarga iaitu dengan ibu bapa dan adik beradik. Interaksi antara rakan, jiran serta guru terlibat dalam proses perkembangan kanak-kanak. Keluarga terutamanya ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak itu dan sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan kehidupan seorang kanak-kanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak. Sebagai contoh, kajian di dalam dan di luar negara menunjukkan bahawa faktor persekitaran seperti penglibatan ibu bapa secara aktif mempunyai kesan langsung ke atas semua aspek perkembangan kanak-kanak (Mac Naughtori, 2005). Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock menakrifkan bahawa keluarga adalah satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat (Goode, hal. 326). Faktor kepincangan keluarga dan taraf sosio-ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk membetulkan kepincangan anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak ini tidak lagi menghormati mereka. Dalam kajian yang Iain pula, Ting (2005) mendapati tahap penglibatan ibu bapa luar bandar berada pada tahap yang rendah. Tidak hairan jika sebelum ini Berger (1995) melalui kajiannya menyatakan wujudnya kepelbagaian model peranan ibu bapa untuk membantu proses pembelajaran kanak-kanak di sekolah.Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain. Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Sebagai contoh, keadaan di rumah dapat mempengaruhi tingkah laku dan personaliti seseorang individu ketika berada di sekolah. Individu yang mempunyai masalah di rumah akan membawa masalah tersebut ke sekolah. Hal ini akan menyebabkan emosi mereka terganggu dan implikasinya ialah masalah tersebut akan menjejaskan pelajaran mereka.Eksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Maksudnya di sini, pengalaman individu tersebut akan turut mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh, persekitaran sekolah –pasar raya. Keadaan pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan di tempat-tempat membeli belah secara tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut. Makrosistem pula melibatkan perkembangan individu yang dipangaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina amat dititikberatkan (Santrock, 2008). Di sesetengah negara pula, kaum lelaki diberi peranan dan tanggungjawab yang lebih dominan di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting berbanding kaum perempuan. Hal ini kerana perempuan dianggap sebagai kaum yang lemah dan tidak layak mendapat pendidikan yang setaraf dengan kaum lelaki. Bagi ibu bapa yang masih lagi berada dalam pemikiran konservatif, mereka mengganggap pendidikan tidak penting kepada anak perempuan kerana tugas wanita hanyalah di dapur sahaja.Kronosistem merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya, kanak-kanak pada dewasa ini lebih berfokus kepada permainan berteknologi selaras dengan arus perubahan serta pembangunan sesebuah negara seperti permainan internet, memuat turun maklumat melalui internet dan sebagainya. 

TEORI EKOLOGI DALAM KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR)

 Teori Ekologi didefinisikan dengan manusia merupakan satu paradigma untuk menjelaskan pergerakan manusia di mana individu itu berinteraksi dengan persekitaran. Dari segi huraiannya, mereka juga melibatkan pendekatan sistem dinamik di mana individu berkenaan, melalui pergerakan, berinteraksi dengan persekitaran. Setiap interaksi individu terbabit berkait dengan persekitarannya. Ia hasil daripada gabungan pendekatan sistem dinamik dan persepsi individu dan menjadikannya berpusatkan pelajar. Individu tersebut mencari persekitarannya secara proaktif lalu membentuk konsep – konsep untuk meningkatkan pembelajaran kemahiran motor. Selain itu ia juga membantu dalam mengenalpasti apa yang menghalang pembelajaran kemahiran motor. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dalam pendidikan jasmani, murid perlu diberi peluang mempelajari pengetahuan,kemahiran dan nilai berkaitan matapelajaran dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Penyertaan aktif setiap murid dalam kelas Pendidikan Jasmani adalah diwajibkan. Murid perlu diberi peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkan proses mental, membentuk perhubungan yang sihat dan melakukan kegiatan fizikal dalam suasana yang membina dan selamat. pendekatan yang digunakan adalah menjadikan guru sebagai “Role Model” atau sebagai contoh kepada setiap murid. Dalam setiap perlakuan guru, murid – murid akan mengikuti segala perlakuan yang diajar oleh guru. Selain itu, murid dapat menguasai kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif. Mata pelajaran ini memberi peluang kepada murid mengambil bahagian secara aktif, memperoleh pengetahuan dan kemahiran praktikal. Kemahiran berfikir yang terdapat dalam mata pelajaran ini termasuk membuat kategori, menerangkan sebab, mengusul periksa andaian, membuat ramalan, mencipta metafora dan mencipta definisi. Mata pelajaran ini juga mendidik murid membuat keputusan yang bijak dan menyelesaikan masalah. Berdasarkan teori ekologi yang dipelajari, persekitaran yang dimaksudkan ialah dengan apa dan siapa murid belajar dan bagaimana hasil itu dapat dicapai. Contohnya ialah guru. Guru merupakan salah satu persekitaran dalam pembelajaran ini. Sebagai contoh, dalam mengajar teknik larian pecut, guru akan menunjukkan demontrasi kepada murid – murid bagaimana teknik larian ini diaplikasikan dengan pergerakan kaki dan juga tangan. Kemudian murid – murid akan mencontohi apa yang telah diajar oleh guru tersebut dan cuba mengaplikasikan dan mengadaptasikannya dalam situasi yang sebenar. Pengajaran ini memerlukan kebolehan murid dalam berfikir dan kecekapan murid dalam mengingati setiap pembelajaran yang diajar oleh guru.  Dalam kurikulum ini guru adalah sebagai pelopor atau pengajar utama yang akan mengajar dan menjadi model untuk  menunjukkan cara yang betul.Ini  juga berkait rapat dengan pengukuhan tindak balas yang diberikan oleh guru terhadap murid dalam melakukan sesuatu pergerakan. Tindakan yang dikukuhkan menjadi kuat. Contohnya, semasa melakukan aktiviti  kemahiran lokomotor iaitu berlari. Guru akan memberi komen terhadap cara larian yang betul, murid yang akan cuba membaiki cara pergerakan dan lariannya sesuai dengan kehendak gurunya agar objektif pembelajaran tercapai. Guru memainkan peranan penting dalam pembelajaran motor kerana setiap kemahiran yang akan dipelajari oleh murid bergantung kepada bagaimana guru tersebut melaksanakan sesuatu aktiviti agar berjaya mencapai matlamat kemahiran yang dikehendaki dengan berkesan. Murid pula akan interpertasi arahan guru dan berinteraksi dengan mendengar  arahan guru dengan betul agar apa yang dipelajari dapat diterima dan difahami dengan jelas. Antara lain ialah buku teks. Buku teks juga merupakan salah satu persekitaran lain bagi menggantikan guru. Tanpa pengajaran dari guru, sedikit susah bagi murid untuk meniru gaya dan teknik yang diajar oleh guru. Secara praktikalnya, murid dikehendaki mengolah atau mempraktikknya sendiri dan hasilnya akan dilihat oleh guru samada hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh murid betul atau tidak. Seterusnya setiap contoh yang dilakukan diterangkan oleh guru supaya murid dapat memahami sebab dan akibat daripada setiap pengajaran yang dilakukan. Dengan itu, murid dapat membezakan dan cuba menggunakan apa yang terbaik dalam pengajaran tersebut agar mendapat hasil yang diinginkan. Interaksi individu dengan kawan berlaku semasa melakukan aktiviti secara berkumpulan.  Pelajar akan bekerjasama, berbicang dan saling bertukar pendapat mengenai kefahaman mereka dalam melakukan sesuatu pergerakan yang dikehendaki mengikut arahan aktiviti yang diberikan oleh guru. Ini secara tidak langsung, dapat meningkatkan pembelajaran kemahiran motor  individu dengan lebih cekap dan berkualiti hasil daripada perbincangan sesama mereka. Contohnya, pelajar yang lemah dalam melakukan kemahiran melompat misalnya akan meminta pendapat dan tunjuk ajar daripada pelajar yang mahir sebagai model untuk meningkatkan kefahaman dan menunjukkan perlakuan pergerakan yang betul. Melalui interaksi sebegini, kedua-dua pelajar dapat manfaat secara tidak langsung. Pelajar yang lemah akan berjaya membaiki dan meningkatkan kemahirannya melakukan kemahiran melompat, manakala pelajar yang mahir akan dapat meningkatkan  keyakinan dan prestasinya dalam melakukan kemahiran melompat. Cara  interaksi individu terhadap aktiviti juga dapat menerangkan persepsi individu terhadap situasi persekitaran. Pembelajaran motor adalah hasil daripada usaha individu untuk menganalisis situasi, melihat serta memahami pertalian dan menyelesaikan masalah. Aktiviti yang dilakukan hendaklah menyeronokkan dan dapat merangsang pemikiran mereka di samping dapat menarik perhatian mereka. Contohnya, dalam satu kelas pendidikan jasmani. guru yang  mengajar kemahiran lokomotor iaitu kemahiran berjalan misalnya akan melakukan satu aktiviti berjalan secara individu atau berkumpulan dengan meminta mereka berjalan meniru gaya binatang, seperti arnab dan ulat. Interaksi dengan aktiviti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan  pembelajaran motor murid dan pengetahuan serta kepekaaan mereka terhadap alam sekeliling mereka dengan mengalakkan mereka menguasai sesuatu pergerakan hasil daripada aktiviti yang telah mereka lakukan. 

TEORI EKOLOGI DALAM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) 


Manusia merupakan satu paradigm untuk menjelaskan pergerakan manusia di mana individu itu berinteraksi dengan persekitaran. Penyokong-penyokong teori ini adalah Turvey dan Carello (Kluka, 1999). Teori ini turut digabungkan dengan hasil dapatan Gibson dan Bernstein (Kluka, 1999). Mereka turut melibatkan pendekatan system dinamik di mana satu proses di mana individu berkenaan, melalui pergerakan, berinteraksi dengan persekitaran. Mengikut Teori Ekologi tersebut. Pergerakan yang dihasilkan oleh para pelajar adalah hasil interaksi pelajar kepada pelbagai aspek. Maka, terhasil satu pergerakan ataupun maklumat yang diingini. KSSR pula digubal khusus untuk memenuhi keperluan kaedah  penerokaan dan penemuan oleh para pelajar. Daripada KSSR, aktiviti yang direka dan dicadangkan untuk dilakukan kepada pelajar adalah khusus untuk menjana minda dan pemikiran pelajar secara menyeluruh.  Contoh aktiviti yang direka untuk tajuk Kesedaran Ruang di dalam Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 1 ialah pelajar harus menggunakan imaginasi untuk membentuk diri menjadi sesuatu.  Contoh salah satu arahan iaitu meluruskan badan seperti gajah. Setelah guru member arahan tersebut, para pelajar harus terokai apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan lurus seperti gajah. Bentuk badan yang dihasilkan adalah penemuan hasil daripada penerokaan yang dibuat oleh para pelajar. Disebabkan itulah kaedah yang digunakan untuk proses pembelajaran sangat penting bagi menjana pemikiran pelajar. Seiring dengan kemajuan teknologi yang terhasil pada masa kini, minda dan pemikiran pelajar telah terisi dengan maklumat yang dipengaruhi oleh persekitaran. Di sekolah, aktiviti yang di jalankan bukan hanya bertujuan untuk memperkenalkan sesuatu konsep tetapi juga mengayakan pemikiran mereka. Persekitaran merangkumi segala yang terdapat di dalam kawasan semasa proses pembelajaran berlaku.Guru juga turut menjadi persekitaran murid di dalam menempuhi proses pembelajaran. Di dalam KSSR, guru hanyalah seorang pembimbing di dalam sesuatu  proses pembelajaran. Sebarang kemusykilan, pelajar boleh bertanya kepada guru. Namun, seorang pelajar hanya menggunakan minda dan pemikiran mereka. Guru yang merupakan satu bahagian daripada persekitaran pelajar semasa mengharungi proses pembelajaran. Jadi, interaksi pelajar dengan guru sama seperti murid telah berinteraksi dengan persekitaran. Jadi, ia menepati prinsip ekologi di mana proses pembelajaran berlaku kerana hadirnya proses interaksi pelajar dengan persekitaran. Aspek persekitaran yang merangkumi individu itu sendiri. Para pelajar itu sendiri yang merupakan orang yang menjadi salah satu daripada persekitaran tersebut. Individu harus cuba untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya untuk melahirkan suatu proses pembelajaran yang diingini oleh setiap individu. Individu itulah yang akan menggunakan minda dan pemikiran mereka untuk menjalankan proses pembelajaran melalui kaedah penerokaan dan penemuan.  Kesedaran kendiri turut memainkan peranan yang sangat penting di dalam proses menyesuaikan diri dengan persekitaran. Boleh dikatakan bahawa proses pembelajaran yang berlaku adalah salah satu daripada proses individu berinteraksi dengan persekitaran dengan cara menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran mereka. Kesedaran kendiri juga sangat penting dalam di dalam satu proses penyesuaian kepada persekitaran. Contohnya, seorang pelajar harus tahu peringkat kemampuan diri sendiri. Malalui proses pembelajaran dan juga kaedah penerokaan dan penemuan mereka mampu untuk memastikan tahap atau peringkat kemampuan diri mereka. Contoh di yang dapat dilihat di dalam aktiviti Membentuk badan ialah mereka tahu mereka tidak mampu untuk membentuk huruf-huruf seperti M secara individu. Menurut teori ekologi persepsi dan pergerakkkan manusia merupakan satu paradigm untuk menjelaskan pergerakkan manusia di mana individu itu berinteraksi dengan persekitaran. Teori-teori ini turut di sokong oleh Turvey dan carello (Kluka 1999). Di dalam perlaksanaan kurikulum standard sekolah rendah ini telah di beri beberapa elemen yang memberi nafas baru kepada kurikulum pendidikan Malaysia dimana beberapa elemen baru ditambah seperti penggunaan kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) selain itu elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) secara explicit juga diterapkan dengan lebih memberi fokus kepada 4M iaitu Membaca, menulis, mengira dan satu elemen baru iaitu menaakul.        Menurut teori ini lagi setiap interaksi individu terbabit berkait dengan persekitarannya. Ia hasil daripada gabungan pendekatan sistem dinamik dan persepsi individu dan menjadikannya berpusatkan pelajar. Individu tersebut mencari persekitarannya secara proaktif lalu membentuk konsep – konsep untuk meningkatkan pembelajaran kemahiran motor. Selain itu ia juga membantu dalam mengenalpasti apa yang menghalang pembelajaran kemahiran motor. Contohnya di  dalam sukatan kssr tahun 1 dibawah aspek kemahiran pergerakkan, pergerakkan berirama mengkehendaki murid-murid untuk melakukan pelbagai kemahiran pergerakkan mengikut irama. Oleh demikian alat yang digunakan iaitu radio dan bahan audio visual lain merupakan persekitaran bagi murid-murid tersebut.  Menerusi aktiviti seperti  meniru pergerakan pelbagai watak mengikut irama dan muzik dapat membantu meningkatkan kemahiran pembelajarn motor kanak-kanak tersebut, ini bertepatan dengan apa yang telah di kemukakan oleh Turvey dan Carello (Kluka 1999) mereka melibatkan pendekatan system dinamik dimana individu berkenaan melalui pergerakkan, interaksi dengan persekitaran. Disamping itu juga, penggunaan kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) merupakan satu persekitaran yang dapat member impak yang positif terhadap peningkatan pembelajaran motor. Perlaksanaan penggunaan kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dilakukan secara berperingkat-peringkat. menerusi penggunaan ICT ini murid murid lebih mudah untuk memahami asas-asas pergerakkan seperti melihat video-video pergerakkan yang telah disediakan.tambahan pula, penggunaan audio visual yang menarik seperti bunyi yang jelas serta gambar-gambar yang menarik dapat menarik minat kanak-kanak. Selain itu, murid-murid juga akan termotivasi secara tidak langsung. Seterusnya dapat menarik minat kanak-kanak untuk hadir kekelas sekaligus dapat melenyapkan masalah kehadiran murid. Selain daripada penggunaan ICT, faktor interaksi persekitaran yang lain seperti guru dan rakan-rakan sekelasnya juga memainkan peranan dalam meningkatkan kemahiran pembelajaran motor kanak-kanak.  Jika dilihat didalam KBSR guru lebih banyak untuk memberikan contoh kemudian murid-murid melakukan latih tubi seperti yang dilakukan oleh guru, tetapi sedikit kerlainan kaedahnya didalam KSSR dimana kemahiran menaakul diterapkan. Kemahiran menaakul ialah satu kemahiran untuk menggalakkan murid-murid menajana idea secara kreatif dan kritis. Strategi ini membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif dengan menggunakan idea-idea yang asli dan unik untuk menyelesaikan masalah tersebut. contohnya, guru meminta seorang murid untuk melakukan aktiviti menendang bola dengan cara yang betul. Manakala murid murid yang lain memerhatikan pergerakkan rakan mereka. Kemudian murid murid yang lain diminta untuk memberi ulasan terhadap pergerakkan yang telah dilakukan oleh rakan kanak-kanak tersebut. Dari situ murid-murid akan melakukan perbincangan untuk memberikan komen, ulasan dan sebagainya. 

Mengenal Pasti Punca-Punca Masalah Ponteng Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah

Punca Diri Pelajar  

Sikap pelajar yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut dengan gaya penampilan artis yang mereka minati, seperti memakai pakaian yang berjenama dan stail rambut yang baru, jika tiada wang yang mencukupi, mereka rela ponteng sekolah untuk bekerja demi mendapat wang. Begitu juga, apabila pelajar tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran dan guru pula tidak berusaha menarik minat meraka, pelajar-pelajar itu akan hilang semanagat belajar dan ponteng sekolah. (Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Yusof Boon, How Lee Chan, 2007) Duke (1980), menyatakan bahawa tiap-tiap individu bertanggungjawab di atas perlakuannya sendiri. Pelajar berkemungkinan menjadi tidak berdisplin atau disebut juga  sebagai kurang ajar‟kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar; iatu apa yang dikatakan sebagai “the potential influence of the child free will”. Pelajar-pelajar ini mungkin juga melanggar peraturan yang biasa sama ada mereka berada di sekolah atau di mana-mana sahaja sewaktu berehat atau juga ketika sedang belajar, kerana mereka tidak menyedari atau anggapan mereka apa yang mereka lakukan tidaklah menyalahi peraturan. Kajian mendapati remaja yang terlibat dengan tingkah laku devian dan delinkuen mempunyai konsep kendiri yang rendah. Remaja ini melihat diri mereka dari perspektif yang negatif, penghargaan kendiri yang rendah, tidak mempunyai matlamat tertentu dalam kehidupan dan kurang memikirkan tentang sumbangan mereka kepada masyarakat (Byrne, et al., 1981).  Manakala kajian oleh Wells (1989) pula mendapati remaja devian merasakan mereka dapat memperkembangkan konsep kendiri dan penghargaan kendiri dengan melibatkan diri dalam tingkah laku anti sosial dan delinkuen. Sebahagian remaja juga sangat suka menafikan bahawa mereka ada masalah, suka mengelak diri dari mengambil tangungjawab di atas tindakan mereka dan seterusnya suka menyalahkan orang lain apabila mereka mendapat kesusahan (Mitchell,1989). Emosi yang tidak stabil seperti marah, geram, tertekan dan dendam akan mendorong pelajar untuk melepaskan geram dan melakukan pelbagai tingkah laku devian, dengan tujuan untuk melepaskan rasa tertekan mereka. Tan Kui Ngor (2006), menegaskan individu yang mempunyai kemahuan tinggi untuk kejayaan adalah lebih berkesanggupan (bermotivasi) dalam menghadapi kerja-kerja bercorak cabaran yang boleh menguji keupayaannya. Tetapi bagi pelajar-pelajar yang gemar ponteng sekolah adalah sebaliknya. Mereka tidak mempunyai kemahuan yang tinggi untuk berjaya kerana mereka tidak yakin pada diri mereka yang mereka boleh berjaya seperti orang lain sekiranya mereka berusaha bersungguh-sungguh.  
Punca Hubungan Keluarga

Punca Hubungan Keluarga Dari kajian Lepas Di Malaysia Dan Luar Negara
Kajian oleh Sham Sani Salleh (1994) menyatakan bahawa tingkah laku devian dan anti sosial seperti ponteng sekolah turut dikaitkan dengan tingkah laku dan struktur keluarga itu sendiri. Hal ini disahkan oleh Ismail Daros (1981), melalui dapatan kajiannya menunjukkan bahawa terdapat enam elemen berlakunya ponteng sekolah. Di antaranya ialah faktor keluarga. Menurutnya, kelemahan sosialisasi dalam keluarga dan tiada galakan daripada ibu bapa menyebabkan pelajar-pelajar tidak mempunyai semangat untuk belajar dan berasa bosan terhadap sekolah. Dapatan kajian oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1993), merujuk punca salah laku di kalangan pelajar seperti ponteng disebabkan oleh pelbagai faktor. Faktor keluarga merupakan penyumbang tertinggi di mana kajian yang telah dijalankan pada tahun 1993, menunjukkan bahawa 81.03 peratus pelajar melakukan kesalahan kerana faktor kekeluargaan, 4.10 peratus disebabkan oleh rakan sebaya dan 1.24 peratus disebabkan oleh faktor persekolahan.  Kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa persekitaran keluarga memainkan peranan yang penting dalam proses pengsosialisasian remaja iaitu sikap, nilai dan sistem kepercayaan akan diterapkan ke dalam minda remaja. Selain itu, persekitaran keluarga juga menjadi medan kepada proses perkembangan emosi, kognitif dan sosial setiap ahli di dalamnya. Mengikut Renfrew (1997), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar  kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa. Manakala di Jerman , pelajar yang kerap kali tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang alasan yang sah atau benar akan diambil perhatian oleh pihak sekolah. Jikalau ibu bapa menolak untuk menghantar ke sekolah atau tidak mampu mengawal anakanak mereka daripada terjebak dengan masalah ponteng sekolah, perkhidmatan tempatan kanak-kanak atau perkhidmatan sosial akan berperanan untuk meminta pihak polis menghantar pelajar-pelajar yang tanpa penjagaan baik dari ibu bapa mereka ke sekolah. Kegagalan ibu bapa dalam mendisiplinkan anak-anak juga dilihat sebagai salah satu faktor berlakunya tingkah laku devian seperti ponteng dan salah laku. Latar belakang tingkah laku anti sosial adalah kesan daripada kekurangan, ketidaksesuaian atau kawalan disiplin yang tidak konsisten semasa kanak-kanak (Jacobvitz et al., 1996). Kebanyakan tingkah laku antisosial remaja juga berpunca daripada kegagalan cara gaya keibubapaan dan pengurusan keluarga (Jacobvitz et al., 1996). Penyelidik berpendapat bahawa usaha ke arah pemantapan institusi kekeluargaan dipercayai merupakan salah satu jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah di kalangan remaja masa kini. Kebanyakan masalah yang dialami oleh remaja kini sebahagian besarnya bertitik - tolak dari institusi keluarga remaja itu sendiri di mana kepincangan yang wujud dari institusi keluarga akan membawa kepada pelbagai kesan negatif terhadap remaja tersebut. Kajian – kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa remaja bermasalah kebanyakannya adalah berlatar belakangkan keluarga yang bermasalah (Dishion et al., 1991).  
Punca Rakan Sebaya

Kajian Wan Norasiah (2003) mendapati bahawa pengaruh rakan sebaya adalah juga antara faktor gejala sosial pelajar. Beliau menghubungkan kaitan antara faktor ibu bapa dan rakan sebaya dalam mencetus dan menyemarakkan gejala sosial pelajar. Beliau menjelaskan ajakan dan pujukan rakan untuk melakukan gejala sosial menyebabkan pelajar terjebak dalam salah laku seperti ponteng sekolah dan gangsterisme. Ini kerana rakan sebaya adalah individu yang paling hampir dengan remaja selepas keluarga. Menurut kajian yang dilakukan oleh Mustaza Abu Amin (1994), mendapati bahawa 13.3% pelajar yang ponteng sekolah atau kelas akan bersama-sama rakan dan berada di tempat yang sunyi seperti belukar, rumah kosong dan sebagainya untuk mengelak daripada dilihat oleh orang ramai yang akan melaporkan kepada sekolah atau polis. Faktor persekitaran seperti pergaulan dengan ibu bapa, rakan sebaya dan kumpulan masyarakat amat mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan rernaja. Zuriani (1988), pula mendapati masalah yang dihadapi oleh remaja akan menyebabkan remaja berada dalam ketegangan dan kebimbangan, keadaan ini boleh membawa kepada berlakunya perlakuan mengasingkan diri, melanggar peraturan, kenakalan dan masalah tingkah laku yang lain. Remaja mempunyai sikap yang terlalu egoistik, menganggap diri mereka sebagai tumpuan seluruh dunia dan sebagai satu-satunya tumpuan minat. Mereka mementingkan diri sendiri dan bersifat kebendaan di samping emosi yang sering kali berubah-ubah antara riang dan sedih. Menurut kajian Merton (1938), zaman remaja merupakan peringkat umur yang penuh dengan cabaran. Pendapat ini dikukuhkan lagi dengan kajian Erikson (1965), peringkat umur remaja ialah peringkat membentuk indentiti sendiri seperti tingkah laku, memilih rakan sebaya, cara berpakaian dan lain-lain. Jika peringkat ini gagal diperoleh, pelajar tersebut akan tertekan dan cenderung untuk melanggar displin sekolah seperti ponteng sekolah.  
 
Punca Sikap Guru

Punca Sikap Guru Dari Kajian Lepas Di Malaysia dan Luar Negara
Laporan keciciran Kementerian Pelajaran Malaysia (1973) menyatakan bahawa prestasi akademik yang rendah mempunyai kaitan dengan masalah ponteng. Laporan itu juga menyatakan bahawa guru juga boleh mempengaruhi tingkah laku ponteng melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, cara dan gaya pengajaran guru perlu diambil perhatian kerana ia dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan tidak ponteng kelas dan ia juga dapat mendatangkan rasa bosan dan benci pelajar sekaligus menyebabkan mereka ponteng kelas. Di dalam kajian yang dilakukan oleh Abd. Karim Desa (1994), beliau menyatakan bahawa guru mempunyai peranan yang penting dalam menarik minat pelajar dengan cara mempelbagaikan kaedah pengajaran. Di dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa pelajar tidak akan ponteng kelas kerana guru mempelbagaikan kaedah semasa mengajar iatu dengan peratusan sekitar 90%. Ini membuktikan bahawa guru berperanan besar dalam menangani masalah ponteng di kalangan anak didiknya. Jaafar (1977), dalam kajiannya telah menyatakan dapatan kajian yang dibuat oleh Pejabat Pelajaran Daerah kepada lima buah sekolah di Kuala Lumpur, 18 buah sekolah di Klang, 10 buah sekolah di Petaling Jaya dan 12 buah sekolah di Wilayah Persekutuan. Kajian mendapati bahawa sikap guru yang terlalu garang akan menganggu konsep kendiri yang mengakibatkan pelajar berasa takut kepada guru dan menyebabkan mereka ponteng sekolah. Menurut pendapat Smink dan Reimer (2005), isi mata pelajaran yang tidak berkaitan atau kurang rangsangan, kerja sekolah yang kurang mencabar dan hubungan yang rapuh antara guru dan pelajar merupakan faktor yang berkait rapat dengan jumlah kehadiran. Situasi ini perlu di ubah oleh guru dalam menarik minat pelajar untuk menghadirkan diri ke sekolah atau belajar. Menurut Olweus (1978), guru yang memalukan pelajar, menyindir, dan mengejek, adalah faktor utama pelajar ponteng. Kesan perbuatan ini menyebabkan pelajar kurang keyakinan diri dan hilang rasa hormat kepada guru mereka.  Polit et. al. (2001), dalam kajiannya mendapati bahawa kesan kekecewaan pelajar terhadap pelajaran telah mengakibatkan mereka benci terhadap guruguru dan program sekolah. Pelajar ini akan mencari jalan keluar dengan melakukan ponteng sekolah.  
Punca Prasarana Sekolah

Punca Prasarana Sekolah Dari Kajian Lepas Di Malaysia Dan Luar Negara
Melalui kajian yang dilakukan oleh Kerlinger (1986) di dalam Jaafar (1977), telah menyatakan bahawa prasarana fizikal yang ada di sekolah membantu mewujudkan masalah disiplin di kalangan pelajar termasuk masalah ponteng. Menurut Azizah (2002), pembinaan fizikal dan alam sekitar sekolah yang menarik dan kondusif, boleh membantu kehadiran pelajar ke sekolah.  Untuk tujuan itu, pembangunan terhadap kemudahan-kemudahan sekolah yang berhubung kait dengan kepentingan pendidikan dan perkembangannya perlu dilaksanakan dengan sedaya upaya bagi mengatasi masalah ponteng. Selain itu, faktor sekolah juga menjadi salah satu penyebab kepadapermasalahan ponteng dan mengganggu suasana pembelajaran. Mengikut Merton (1938), pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik di kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan sekolah, pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan perlaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan mengurangkan kes-kes salah laku pelajar. Menurut kajian Manivannan (2002), 49% mengatakan suasana sekolah itu sendiri (peraturan yang ketat, ketidakmesraan guru-guru dengan pelajar, beban kerja yang banyak, dan rasa bosan terhadap pengajaran guru dan menjemukan) menggalakkan tindakan ponteng. Menurut Kerlinger (1986), di dalam kajian Muhamad Razi Yakub (1994), telah terbukti bahawa keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui kegiatan latihan amali di makmal dan bengkel tidak akan diperolehi sekiranya kemudahan dan kelengkapannya tidak mencukupi atau terlalu usang, kekurangan guru dan penyelia juga penyumbang kepada ketidak keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam sesebuah kelas. Mankala menurut Bandura & Mischel (1986), saiz sekolah, bangsa dan perubahan etnik dan peraturan persekitaran sekolah memberi kesan ke atas tingkah laku pelajar.  
Teori Pembelajaran

Dalam kajian ini penyelidik memilih teori pembelajaran sosial oleh Albert Bandura (1977), sebagai model kajian kerana teori ini melihat masalah ponteng sebagai tingkah laku yang dipelajari dan bukannya satu tingkah laku yang wujud secara semula jadi dalam diri individu. Oleh itu pendekatan teori pembelajaran sosial adalah sesuai pada pandangan penyelidik untuk melihat dan menganalisis masalah ponteng di kalangan pelajar sekolah rendah.  Menurut Bandura (1977), terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tingkah laku pelajar remaja, iaitu kelakuan pelajar itu sendiri, pengaruh persekitaran dan interaksi kognitif. Pendekatan teori pembelajaran sosial juga menekankan kepentingan penilaian kognitif dan emosi. Teori ini memperlihatkan pengaruh-pengaruh sedar dan penentu-penentu sosial ke atas personaliti. Di samping itu, penyelidik juga menggunakan teori pembelajaran sosial sebagai model kajian kerana teori ini menekankan peranan model dalam mempengaruhi tingkah laku seseorang. Menurut Bandura (1977), latihan pemerhatian atau modeling adalah amat penting dalam pembentukan tingkah laku agresif. Jika dikaitkan dengan teori pembelajaran sosial, apa yang dilakukan oleh anak-anak merupakan hasil dari pemerhatian dan peniruan daripada ibu bapanya. Penyelidik juga memilih teori ini kerana dalam teori pembelajaran sosial menekankan aspek interaksi antara manusia dan sekitaran (Bandura,1977). Beliau menyarankan konsep „determinisme timbal balik‟ yang mengatakan bahawa manusia mempengaruhi untung nasib dirinya melalui pengawalan kuasa-kuasa di sekitarnya tetapi mereka juga dipengaruhi oleh kuasa-kuasa sekitaran ini. Keadaan ini merupakan satu proses interaktif, saling berkaitan dan timbal balik antara tingkah laku manusia, sekitaran dannproses dalaman seperti kognisi dan persepsi. Ini bermakna manusia dapat mengawal kehendak dan tingkah laku, sementara sekitaran pula dapat mengawal serta mempengaruhi apa yang dilakukan oleh individu. Teori pembelajaran sosial yang diaplikasikan oleh Bandura (1973) juga merumuskan bahawa perkara utama yang sering dipelajari oleh kanakkanak dan remaja ialah melalui pemerhatian terhadap tingkah laku orang lain, khususnya orang yang signifikan dengan mereka. Oleh itu, individu akan mempelajari dan melakukan tingkah laku devian sama ada secara langsang atau tidak langsung melalui peniruan tingkah laku ibu bapa mereka. Ingatan ini kemudiannya disimpan di dalam kognitif secara kekal dan remaja akan sukar untuk mengelakkan diri dari bertingkah laku devian dalam kehidupan mereka. Penggunaan Teori Pembelajaran Sosial diyakini sesuai oleh penyelidik kerana teori ini mengambil kira peranan kognitif dalam pembentukan tingkah laku seseorang pelajar. Teori Pembelajaran Sosial merupakan gabungan teori pengukuhan (rangsangan dan tindak balas) dan teori kognitif. Teori Pembelajaran Sosial menjelaskan bahawa tingkah laku manusia akibat daripada pengaruh interaksi antara kognitif, persekitaran dan perlakuan manusia lain.