Wednesday, September 7, 2016
TEORI EKOLOGI
PENGENALAN TEORI EKOLOGI
Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917). Teori perkembangan ekologikal adalah teori yang menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan individu. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Dalam konteks ini, interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran kanak-kanak itu dipercayai boleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Merujuk kepada konsep di dalam teori ini, sama ada kita menyedarinya atau tidak kanak-kanak yang merupakan individu yang berada dalam ruang lingkup mikro (berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Dalam teori ini menyatakan bahawa proses perkembangan dan pertumbuhan yang terangkum dalam sistem persekitaran itu mementingkan interaksi antara satu sama lain. Menurut Bronfenbrenner terdapat 5 sistem yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. SISTEM
PERSEKITARAN TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER
Menurut Bronfenbrenner, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem, iaitu : Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara dan menghabiskan paling banyak masa. Contohnya interaksi kanak-kanak di dalam keluarga iaitu dengan ibu bapa dan adik beradik. Interaksi antara rakan, jiran serta guru terlibat dalam proses perkembangan kanak-kanak. Keluarga terutamanya ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak itu dan sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan kehidupan seorang kanak-kanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak. Sebagai contoh, kajian di dalam dan di luar negara menunjukkan bahawa faktor persekitaran seperti penglibatan ibu bapa secara aktif mempunyai kesan langsung ke atas semua aspek perkembangan kanak-kanak (Mac Naughtori, 2005). Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock menakrifkan bahawa keluarga adalah satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat (Goode, hal. 326). Faktor kepincangan keluarga dan taraf sosio-ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk membetulkan kepincangan anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak ini tidak lagi menghormati mereka. Dalam kajian yang Iain pula, Ting (2005) mendapati tahap penglibatan ibu bapa luar bandar berada pada tahap yang rendah. Tidak hairan jika sebelum ini Berger (1995) melalui kajiannya menyatakan wujudnya kepelbagaian model peranan ibu bapa untuk membantu proses pembelajaran kanak-kanak di sekolah.Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain. Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Sebagai contoh, keadaan di rumah dapat mempengaruhi tingkah laku dan personaliti seseorang individu ketika berada di sekolah. Individu yang mempunyai masalah di rumah akan membawa masalah tersebut ke sekolah. Hal ini akan menyebabkan emosi mereka terganggu dan implikasinya ialah masalah tersebut akan menjejaskan pelajaran mereka.Eksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Maksudnya di sini, pengalaman individu tersebut akan turut mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh, persekitaran sekolah –pasar raya. Keadaan pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan di tempat-tempat membeli belah secara tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut. Makrosistem pula melibatkan perkembangan individu yang dipangaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina amat dititikberatkan (Santrock, 2008). Di sesetengah negara pula, kaum lelaki diberi peranan dan tanggungjawab yang lebih dominan di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting berbanding kaum perempuan. Hal ini kerana perempuan dianggap sebagai kaum yang lemah dan tidak layak mendapat pendidikan yang setaraf dengan kaum lelaki. Bagi ibu bapa yang masih lagi berada dalam pemikiran konservatif, mereka mengganggap pendidikan tidak penting kepada anak perempuan kerana tugas wanita hanyalah di dapur sahaja.Kronosistem merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya, kanak-kanak pada dewasa ini lebih berfokus kepada permainan berteknologi selaras dengan arus perubahan serta pembangunan sesebuah negara seperti permainan internet, memuat turun maklumat melalui internet dan sebagainya.
TEORI EKOLOGI DALAM KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR)
Teori Ekologi didefinisikan dengan manusia merupakan satu paradigma untuk menjelaskan pergerakan manusia di mana individu itu berinteraksi dengan persekitaran. Dari segi huraiannya, mereka juga melibatkan pendekatan sistem dinamik di mana individu berkenaan, melalui pergerakan, berinteraksi dengan persekitaran. Setiap interaksi individu terbabit berkait dengan persekitarannya. Ia hasil daripada gabungan pendekatan sistem dinamik dan persepsi individu dan menjadikannya berpusatkan pelajar. Individu tersebut mencari persekitarannya secara proaktif lalu membentuk konsep – konsep untuk meningkatkan pembelajaran kemahiran motor. Selain itu ia juga membantu dalam mengenalpasti apa yang menghalang pembelajaran kemahiran motor. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dalam pendidikan jasmani, murid perlu diberi peluang mempelajari pengetahuan,kemahiran dan nilai berkaitan matapelajaran dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Penyertaan aktif setiap murid dalam kelas Pendidikan Jasmani adalah diwajibkan. Murid perlu diberi peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkan proses mental, membentuk perhubungan yang sihat dan melakukan kegiatan fizikal dalam suasana yang membina dan selamat. pendekatan yang digunakan adalah menjadikan guru sebagai “Role Model” atau sebagai contoh kepada setiap murid. Dalam setiap perlakuan guru, murid – murid akan mengikuti segala perlakuan yang diajar oleh guru. Selain itu, murid dapat menguasai kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif. Mata pelajaran ini memberi peluang kepada murid mengambil bahagian secara aktif, memperoleh pengetahuan dan kemahiran praktikal. Kemahiran berfikir yang terdapat dalam mata pelajaran ini termasuk membuat kategori, menerangkan sebab, mengusul periksa andaian, membuat ramalan, mencipta metafora dan mencipta definisi. Mata pelajaran ini juga mendidik murid membuat keputusan yang bijak dan menyelesaikan masalah. Berdasarkan teori ekologi yang dipelajari, persekitaran yang dimaksudkan ialah dengan apa dan siapa murid belajar dan bagaimana hasil itu dapat dicapai. Contohnya ialah guru. Guru merupakan salah satu persekitaran dalam pembelajaran ini. Sebagai contoh, dalam mengajar teknik larian pecut, guru akan menunjukkan demontrasi kepada murid – murid bagaimana teknik larian ini diaplikasikan dengan pergerakan kaki dan juga tangan. Kemudian murid – murid akan mencontohi apa yang telah diajar oleh guru tersebut dan cuba mengaplikasikan dan mengadaptasikannya dalam situasi yang sebenar. Pengajaran ini memerlukan kebolehan murid dalam berfikir dan kecekapan murid dalam mengingati setiap pembelajaran yang diajar oleh guru. Dalam kurikulum ini guru adalah sebagai pelopor atau pengajar utama yang akan mengajar dan menjadi model untuk menunjukkan cara yang betul.Ini juga berkait rapat dengan pengukuhan tindak balas yang diberikan oleh guru terhadap murid dalam melakukan sesuatu pergerakan. Tindakan yang dikukuhkan menjadi kuat. Contohnya, semasa melakukan aktiviti kemahiran lokomotor iaitu berlari. Guru akan memberi komen terhadap cara larian yang betul, murid yang akan cuba membaiki cara pergerakan dan lariannya sesuai dengan kehendak gurunya agar objektif pembelajaran tercapai. Guru memainkan peranan penting dalam pembelajaran motor kerana setiap kemahiran yang akan dipelajari oleh murid bergantung kepada bagaimana guru tersebut melaksanakan sesuatu aktiviti agar berjaya mencapai matlamat kemahiran yang dikehendaki dengan berkesan. Murid pula akan interpertasi arahan guru dan berinteraksi dengan mendengar arahan guru dengan betul agar apa yang dipelajari dapat diterima dan difahami dengan jelas. Antara lain ialah buku teks. Buku teks juga merupakan salah satu persekitaran lain bagi menggantikan guru. Tanpa pengajaran dari guru, sedikit susah bagi murid untuk meniru gaya dan teknik yang diajar oleh guru. Secara praktikalnya, murid dikehendaki mengolah atau mempraktikknya sendiri dan hasilnya akan dilihat oleh guru samada hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh murid betul atau tidak. Seterusnya setiap contoh yang dilakukan diterangkan oleh guru supaya murid dapat memahami sebab dan akibat daripada setiap pengajaran yang dilakukan. Dengan itu, murid dapat membezakan dan cuba menggunakan apa yang terbaik dalam pengajaran tersebut agar mendapat hasil yang diinginkan. Interaksi individu dengan kawan berlaku semasa melakukan aktiviti secara berkumpulan. Pelajar akan bekerjasama, berbicang dan saling bertukar pendapat mengenai kefahaman mereka dalam melakukan sesuatu pergerakan yang dikehendaki mengikut arahan aktiviti yang diberikan oleh guru. Ini secara tidak langsung, dapat meningkatkan pembelajaran kemahiran motor individu dengan lebih cekap dan berkualiti hasil daripada perbincangan sesama mereka. Contohnya, pelajar yang lemah dalam melakukan kemahiran melompat misalnya akan meminta pendapat dan tunjuk ajar daripada pelajar yang mahir sebagai model untuk meningkatkan kefahaman dan menunjukkan perlakuan pergerakan yang betul. Melalui interaksi sebegini, kedua-dua pelajar dapat manfaat secara tidak langsung. Pelajar yang lemah akan berjaya membaiki dan meningkatkan kemahirannya melakukan kemahiran melompat, manakala pelajar yang mahir akan dapat meningkatkan keyakinan dan prestasinya dalam melakukan kemahiran melompat. Cara interaksi individu terhadap aktiviti juga dapat menerangkan persepsi individu terhadap situasi persekitaran. Pembelajaran motor adalah hasil daripada usaha individu untuk menganalisis situasi, melihat serta memahami pertalian dan menyelesaikan masalah. Aktiviti yang dilakukan hendaklah menyeronokkan dan dapat merangsang pemikiran mereka di samping dapat menarik perhatian mereka. Contohnya, dalam satu kelas pendidikan jasmani. guru yang mengajar kemahiran lokomotor iaitu kemahiran berjalan misalnya akan melakukan satu aktiviti berjalan secara individu atau berkumpulan dengan meminta mereka berjalan meniru gaya binatang, seperti arnab dan ulat. Interaksi dengan aktiviti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pembelajaran motor murid dan pengetahuan serta kepekaaan mereka terhadap alam sekeliling mereka dengan mengalakkan mereka menguasai sesuatu pergerakan hasil daripada aktiviti yang telah mereka lakukan.
TEORI EKOLOGI DALAM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
Manusia merupakan satu paradigm untuk menjelaskan pergerakan manusia di mana individu itu berinteraksi dengan persekitaran. Penyokong-penyokong teori ini adalah Turvey dan Carello (Kluka, 1999). Teori ini turut digabungkan dengan hasil dapatan Gibson dan Bernstein (Kluka, 1999). Mereka turut melibatkan pendekatan system dinamik di mana satu proses di mana individu berkenaan, melalui pergerakan, berinteraksi dengan persekitaran. Mengikut Teori Ekologi tersebut. Pergerakan yang dihasilkan oleh para pelajar adalah hasil interaksi pelajar kepada pelbagai aspek. Maka, terhasil satu pergerakan ataupun maklumat yang diingini. KSSR pula digubal khusus untuk memenuhi keperluan kaedah penerokaan dan penemuan oleh para pelajar. Daripada KSSR, aktiviti yang direka dan dicadangkan untuk dilakukan kepada pelajar adalah khusus untuk menjana minda dan pemikiran pelajar secara menyeluruh. Contoh aktiviti yang direka untuk tajuk Kesedaran Ruang di dalam Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 1 ialah pelajar harus menggunakan imaginasi untuk membentuk diri menjadi sesuatu. Contoh salah satu arahan iaitu meluruskan badan seperti gajah. Setelah guru member arahan tersebut, para pelajar harus terokai apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan lurus seperti gajah. Bentuk badan yang dihasilkan adalah penemuan hasil daripada penerokaan yang dibuat oleh para pelajar. Disebabkan itulah kaedah yang digunakan untuk proses pembelajaran sangat penting bagi menjana pemikiran pelajar. Seiring dengan kemajuan teknologi yang terhasil pada masa kini, minda dan pemikiran pelajar telah terisi dengan maklumat yang dipengaruhi oleh persekitaran. Di sekolah, aktiviti yang di jalankan bukan hanya bertujuan untuk memperkenalkan sesuatu konsep tetapi juga mengayakan pemikiran mereka. Persekitaran merangkumi segala yang terdapat di dalam kawasan semasa proses pembelajaran berlaku.Guru juga turut menjadi persekitaran murid di dalam menempuhi proses pembelajaran. Di dalam KSSR, guru hanyalah seorang pembimbing di dalam sesuatu proses pembelajaran. Sebarang kemusykilan, pelajar boleh bertanya kepada guru. Namun, seorang pelajar hanya menggunakan minda dan pemikiran mereka. Guru yang merupakan satu bahagian daripada persekitaran pelajar semasa mengharungi proses pembelajaran. Jadi, interaksi pelajar dengan guru sama seperti murid telah berinteraksi dengan persekitaran. Jadi, ia menepati prinsip ekologi di mana proses pembelajaran berlaku kerana hadirnya proses interaksi pelajar dengan persekitaran. Aspek persekitaran yang merangkumi individu itu sendiri. Para pelajar itu sendiri yang merupakan orang yang menjadi salah satu daripada persekitaran tersebut. Individu harus cuba untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya untuk melahirkan suatu proses pembelajaran yang diingini oleh setiap individu. Individu itulah yang akan menggunakan minda dan pemikiran mereka untuk menjalankan proses pembelajaran melalui kaedah penerokaan dan penemuan. Kesedaran kendiri turut memainkan peranan yang sangat penting di dalam proses menyesuaikan diri dengan persekitaran. Boleh dikatakan bahawa proses pembelajaran yang berlaku adalah salah satu daripada proses individu berinteraksi dengan persekitaran dengan cara menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran mereka. Kesedaran kendiri juga sangat penting dalam di dalam satu proses penyesuaian kepada persekitaran. Contohnya, seorang pelajar harus tahu peringkat kemampuan diri sendiri. Malalui proses pembelajaran dan juga kaedah penerokaan dan penemuan mereka mampu untuk memastikan tahap atau peringkat kemampuan diri mereka. Contoh di yang dapat dilihat di dalam aktiviti Membentuk badan ialah mereka tahu mereka tidak mampu untuk membentuk huruf-huruf seperti M secara individu. Menurut teori ekologi persepsi dan pergerakkkan manusia merupakan satu paradigm untuk menjelaskan pergerakkan manusia di mana individu itu berinteraksi dengan persekitaran. Teori-teori ini turut di sokong oleh Turvey dan carello (Kluka 1999). Di dalam perlaksanaan kurikulum standard sekolah rendah ini telah di beri beberapa elemen yang memberi nafas baru kepada kurikulum pendidikan Malaysia dimana beberapa elemen baru ditambah seperti penggunaan kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) selain itu elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) secara explicit juga diterapkan dengan lebih memberi fokus kepada 4M iaitu Membaca, menulis, mengira dan satu elemen baru iaitu menaakul. Menurut teori ini lagi setiap interaksi individu terbabit berkait dengan persekitarannya. Ia hasil daripada gabungan pendekatan sistem dinamik dan persepsi individu dan menjadikannya berpusatkan pelajar. Individu tersebut mencari persekitarannya secara proaktif lalu membentuk konsep – konsep untuk meningkatkan pembelajaran kemahiran motor. Selain itu ia juga membantu dalam mengenalpasti apa yang menghalang pembelajaran kemahiran motor. Contohnya di dalam sukatan kssr tahun 1 dibawah aspek kemahiran pergerakkan, pergerakkan berirama mengkehendaki murid-murid untuk melakukan pelbagai kemahiran pergerakkan mengikut irama. Oleh demikian alat yang digunakan iaitu radio dan bahan audio visual lain merupakan persekitaran bagi murid-murid tersebut. Menerusi aktiviti seperti meniru pergerakan pelbagai watak mengikut irama dan muzik dapat membantu meningkatkan kemahiran pembelajarn motor kanak-kanak tersebut, ini bertepatan dengan apa yang telah di kemukakan oleh Turvey dan Carello (Kluka 1999) mereka melibatkan pendekatan system dinamik dimana individu berkenaan melalui pergerakkan, interaksi dengan persekitaran. Disamping itu juga, penggunaan kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) merupakan satu persekitaran yang dapat member impak yang positif terhadap peningkatan pembelajaran motor. Perlaksanaan penggunaan kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dilakukan secara berperingkat-peringkat. menerusi penggunaan ICT ini murid murid lebih mudah untuk memahami asas-asas pergerakkan seperti melihat video-video pergerakkan yang telah disediakan.tambahan pula, penggunaan audio visual yang menarik seperti bunyi yang jelas serta gambar-gambar yang menarik dapat menarik minat kanak-kanak. Selain itu, murid-murid juga akan termotivasi secara tidak langsung. Seterusnya dapat menarik minat kanak-kanak untuk hadir kekelas sekaligus dapat melenyapkan masalah kehadiran murid. Selain daripada penggunaan ICT, faktor interaksi persekitaran yang lain seperti guru dan rakan-rakan sekelasnya juga memainkan peranan dalam meningkatkan kemahiran pembelajaran motor kanak-kanak. Jika dilihat didalam KBSR guru lebih banyak untuk memberikan contoh kemudian murid-murid melakukan latih tubi seperti yang dilakukan oleh guru, tetapi sedikit kerlainan kaedahnya didalam KSSR dimana kemahiran menaakul diterapkan. Kemahiran menaakul ialah satu kemahiran untuk menggalakkan murid-murid menajana idea secara kreatif dan kritis. Strategi ini membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif dengan menggunakan idea-idea yang asli dan unik untuk menyelesaikan masalah tersebut. contohnya, guru meminta seorang murid untuk melakukan aktiviti menendang bola dengan cara yang betul. Manakala murid murid yang lain memerhatikan pergerakkan rakan mereka. Kemudian murid murid yang lain diminta untuk memberi ulasan terhadap pergerakkan yang telah dilakukan oleh rakan kanak-kanak tersebut. Dari situ murid-murid akan melakukan perbincangan untuk memberikan komen, ulasan dan sebagainya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment