PUNCA-PUNCA MASALAH PENGUASAAN BAHASA MELAYU
Sikap Pelajar
Masalah penguasaan bahasa
Melayu bukan perkara baru dalam masyarakatMalaysia. Masalah penguasaan bahasa
Melayu tidak hanya berlaku dikalanganmasyarakat bukan Melayu, tetapi masyarakat
Melayu sendiri banyak melakukankesalahan bahasa; baik dalam pertuturan mahupun
penulisan. Pelajar-pelajar Melayuberanggapan bahawa mereka tidak perlu mempelajari
bahasa Melayu kerana bahasatersebut merupakan bahasa ibunda mereka, bahkan
boleh dikatakan semua orangMelayu telah menggunakan bahasa Melayu sejak kecil,
mengikut pertuturanmasyarakat sekeliling. Pembelajaran bahasa Melayu tidak
dititikberat keranamasyarakat Melayu beranggapan mereka sudah menguasai
kemahiran menggunakanbahasa Malaysia memandangkan mereka boleh bertutur dengan
baik dalam bahasaMelayu. Sebenarnya orang Melayu perlu sedar bahawa anggapan
sedemikian adalahtidak benar. Bahasa Melayu yang digunakan oleh mereka dalam
pertuturan harianbukanlah sama dengan struktur bahasa Melayu yang berfungsi
sebagai bahasa ilmu.Hasil temubual penyelidik dengan responden, menunjukkan
bahawa kebanyakkanmereka menyatakan sikap pelajar itu sendiri yang menyebabkan
mereka lemah dalambahasa Melayu. Sikap pelajar yang malas dan tidak mahu
membuat latihan yangdiberikan guru, tidak mengulangkaji mata pelajaran
tersebut, kurang membaca bahanbacaan yang berbentuk akademik dan menganggap
bahasa Melayu mudah. Apabila halini berlaku, mereka tidak mengambil berat
terhadap mata pelajaran tersebut
Persekitaran Rumahtangga
Persekitaran rumahtangga
merupakan salah satu faktor masalah penguasaanmurid-murid. Pesekitaran
rumahtangga terdiri daripada tahap pendidikan keluarga,sosioekonomi, pendapatan
dan sebagainya. Setiap satu berkait rapat danmempengaruhi antara satu sama
lain. Buktinya, diantara contoh yang diberikan olehguru yang ditemuduga ialah
faktor ibubapa pelajar yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan atau
pendidikan tidak tinggi. Pekerjaan keluarga jugamempengaruhi pencapaian
akademik anak-anak mereka. Jenis perkerjaan berkait rapatdengan tahap
pelajaran. Jenis perkerjaan pula akan menentukan jumlah pendapatanyang
seterusnya akan menentukan tahap kelas sosial dan kemampuan mereka
untukmenyediakan kemudahan-kemudahan pelajaran yang lebih baik kepada
anak-anakmereka.
Peranan Guru
Selain itu, guru memainkan
peranan penting dalam membimbing pelajar dalampelajarannya. Guru seharusnya
kreatif dalam pengajaran agar mampu menarik minatmurid-murid untuk mempelajari
bahasa Melayu. Guru-guru seharusnya memiliki teori,pendekatan, kaedah dan
teknik-teknik pengajaran yang terkini. Pada tahap umur 11-12tahun, iaitu masih
pada peringkat kanak-kanak, murid-murid ini cepat merasa bosan,terutamanya bagi
murid Melayu yang kebanyakkannya mempunyai tanggapan tersendiri tentang bahasa
Melayu. Rata-rata mereka menganggap bahasa Melayumudah kerana mereka bertutur
dalam bahasa tersebut. Murid-murid Melayu biasanyatidak menganggap mata pelajaran
bahasa Melayu sebagai satu mata pelajaran yangpenting memandangkan mereka
merupakan penutur jati bahasa ini. Faktor-faktor iniditambah dengan cara
pengajaran guru yang mendatar, mengurangkan lagi minat dansekaligus merendahkan
peluang mencapai tahap penguasaan yang baik dalam bahasaMelayu di kalangan
mereka.
Langkah Mengatasi
Ujian Diagnostik
Guru-guru perlu memberi
perhatian dan penekanan kepada pengajaran bahasa.Mereka perlu mengetahui aspek
bahasa yang dikuasai dengan lemah atau belumdikuasai sepenuhnya oleh pelajar.
Penekanan yang lebih perlu diberikan kepada aspekyang menjadi masalah. Para
pelajar perlu diberi keterangan tentang sesuatu bidang dan dipastikan bahawa
mereka benar-benar memahaminya. Setelah itu, ujian terhadaptahap pemahaman
pelajar mungkin boleh dibuat, misalnya melalui latihan membuatayat. Melalui
ujian diagnostik, kelemahan pelajar dalam aspek ini akan dapat diketahui.Ini
dilakukan dengan cara mengenal pasti apakah aspek-aspek yang menjadi
masalahkepada mereka. Secara langsung, guru akan dapat mengetahui aspek-aspek
yangtelah dan belum dikuasai oleh mereka. Hasil ujian ini boleh dijadikan
sebagai maklumatbagi program pengajaran pemulihan, iaitu langkah-langkah untuk
mengatasi masalah-masalah dalam penguasaan bahasa Melayu. Ujian diagnostik juga
hendaklahdijalankan dari semasa ke semasa, iaitu sama ada sebelum atau selepas
pengajarandilakukan. Ini bertujuan untuk melihat sama ada pelajar-pelajar telah
mencapaikemajuan atau sebaliknya. Dengan cara ini juga dapat dinilai
keberkesanan kaedahpengajaran yang digunakan oleh guru.
Peranan Guru
Guru memainkan peranan besar
dalam kejayaan pelaksanaan dan pembelajaranbahasa Melayu. Seseorang guru perlu
mempunyai pengetahuan yang mantap tentangteori, pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayuserta mampu mengaplikasikannya dalam
suasana yang sebenar di dalam kelas. Ini juga bermakna, seseorang guru tidak
sahaja perlu mempunyai pengetahuan yang
cukup dalam aspek-aspek yang
dinyatakan di atas, tetapi ilmu yang dimiliki harusditingkatkan dari semasa ke
semasa. Untuk mencapai hasrat ini, pihak-pihak yangberkenaan seperti Bahagian
Pendidikan Guru, Pusat Perkembangan Kurikulum,Jabatan Pendidikan dan
Institusi-institusi Perguruan harus mengambil inisiatif untukmenjalankan
tindakan-tindakan yang sewajarnya. Sebagai contoh, guru-guru pelatihyang akan
mengajar bahasa Melayu perlu diberi latihan yang khusus dalam aspektatabahasa
semasa mengikuti kursus pendidikan di Maktab Perguruan atau FakultiPendidikan.
Guru-guru yang sudah lama mengajar juga perlu didedah kepada teori,pendekatan,
kaedah dan teknik-teknik pengajaran yang muktahir melalui kursus-kursusdalam
perkhidmatan, penyertaan dalam seminar-seminar yang berkaitan, maklumatdaripada
makalah-makalah pendidikan dan sebagainya.
Kesedaran Dan Sikap Pelajar
Selain bahan-bahan
pengajaran dan peranan guru, pelajar sendiri harus adakesedaran untuk
memperbaiki penguasaan bahasa Melayu mereka melaluipembacaan. Pelajar-pelajar
digalakkan menambahkan pembacaan mereka, iaitupembacaan bahan yang berbentuk
ilmiah, dan bukannya bentuk hiburan ringan. Bahanbacaan ringan yang terdapat
dipasaran mampu memberi kesan yang buruk kepada penguasaan bahasa Melayu
mereka. Hal ini kerana, dalam bahan bacaan tersebutterdapat banyak kesalahan
bahasa dari pelbagai aspek. Dikhuatiri pelajar akanterpengaruh dengan
penggunaan sesuatu aspek bahasa. Pelajar-pelajar jugahendaklah membuang sikap
memandang rendah terhadap bahasa Melayu. Merekaperlu sedar bahawa bahasa Melayu
merupakan bahasa utama di negara ini dan bahasaMelayu telah terbukti mampu
menjadi bahasa ilmu. Hal ini telah ditegaskan lagi olehguru yang ditemubual
mengatakan bahawa pelajar-pelajar mengetahui akankepentingan bahasa Melayu
sebagai syarat untuk melanjutkan pelajaran danseterusnya berjaya dalam bidang
pekerjaan yang dicita-citakan, namun pelajar sendiriyang mengambil sikap sambil
lewa dengan melepas tangan terhadap pembelajaranbahasa Melayu kerana mereka
beranggapan bahasa Inggeris lebih penting dalam duniapekerjaan sebenar
berbanding bahasa Melayu.
Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa perlu turut
memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anakmereka supaya lebih rajin
membaca. Mereka hendaklah menyediakan suatu suasanaberbahasa yang sempurna di
rumah. Mereka juga hendaklah memberikan kesedarankepada anak-anak mereka
tentang pentingnya bahasa Melayu dalam kehidupanmereka. Membaca akan
menambahkan pengetauhan mereka di samping menambahkan perbendaharaan kata dan
mendedahkan mereka kepada pelbagaibentuk ayat. Secara tidak langsung, pembacaan
meningkatkan penguasaan bahasaMelayu pelajar.
Kesimpulan
Pada keseluruhannya, tahap
penguasaan bahasa Melayu pelajar menunjukkanpencapaian yang baik dalam UPSR.
Namun masih terdapat sekumpulan kecil yangmenghadapi masalah penguasaan bahasa
Melayu. Terdapat beberapa faktor yangtelah dikenalpasti mempengaruhi masalah
penguasaan bahasa Melayu pelajar tahunenam. Faktor-faktor ini perlu diberi
perhatian sewajarnya bagi mengatasi kelemahanyang berlaku. Akhirnya, beberapa
cadangan dikemukakan untuk dijadikan bahanrenungan guru, ibu bapa dan
pihak-pihak lain yang berkepentingan.
Cadangan Untuk Kajian
Seterusnya
Kajian ini meliputi aspek
penguasaan bahasa Melayu keseluruhan secara umum.Oleh itu, pengkaji
mencadangkan agar kajian dijalankan secara menyeluruh yangmeliputi bidang
sintaksis, morfologi dan fonologi. Kajian menyeluruh ini penting kerana untuk
menguasai bahasa Melayu, ketiga-tiga bidang perlu dikuasai sebagai aspekkajian.
Hasil penulisan yang baik tidak hanya bergantung kepada ayat yang
gramatis,pemilihan kata yang tepat tetapi juga ejaan yang betul. Kajian
keseluruhan ini juga akanmembantu guru-guru menyusun program yang teliti dan
merangkumi ketiga-tiga aspektersebut untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
No comments:
Post a Comment